Belajar Buat Blog

Assalamualaikum
Bismillah

Salam perkenalan semua. Welcome to Belajar Buat Blog!

Di sini kalian akan belajar step by step bagaimana mahu buat blog, belajar setting blog, menulis artikel SEO dan pelbagai lagi konten menarik yang akan diterbitkan dari semasa ke semasa.

Sebelum itu, bagi yang belum kenal empunya blog. Mari aku perkenalkan diri dahulu. 

Belajar Buat Blog

Penulis Blog

Nama empunya blog ini ialah Nurulatika Binti Yunus. Berumur 27 Tahun. Lebih dikenali dalam kalangan blogger sebagai Sii Nurul. Mendirikan rumahtangga pada tahun 2021. Tak sampai setahun lagi. Masih ada aura pengantin baru hehe.

Telah menamatkan pengajiannya dengan memiliki Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan kepujian (Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga), di Universiti Malaysia Sabah. Berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Anak kedua daripada 8 orang adik-beradik.

Aku mempunyai dua buah blog iaitu siinurul.com dan inspirasikami.com. 

Blogger Sepenuh Masa

Aku mula berblog pada tahu 2015. Dan menjadi blogger sepenuh masa pada tahun 2019. Kini hampir 3 tahun berblog sebagai blogger sepenuh masa.

Sepanjang menjadi blogger sepenuh masa aku banyak menghabiskan masa belajar kemahiran berblog yang lain seperti penulisan seo, setting blog, pengurusan masa, bahagian teknikal blog, google adsense dan banyak lagi. Termasuklah cara menjana pendapatan melalui blog. 

Oleh itu, aku menubuhkan blog ketiga khas untuk kalian yang mahu belajar tentang blog dan mendalami ilmu dan kemahiran blog. 

Untuk makluman korang, apa yang aku kongsikan di sini adalah pengalaman aku sendiri. Dan hasil dari apa yang aku belajar dari blogger-blogger yang lain. Yang aku aplikasikan sendiri dalam blog aku. 

Semoga dengan adanya blog ini dapat memberikan pengetahuan dan motivasi kepada kalian yang betul-betul mahu belajar tentang blog. 



3 Ulasan

  1. Good luck Nurul. Semoga terus sukses dalam dunia blogging. Aamiin...

    BalasPadam
  2. Bismilllah sy baru nak berblog, izinkan sy belajar dr blog akak ye

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama